Friday, April 9, 2010

Keputusan Menulis Sejarah Malaysia 2009

Sdar mendapat tempat ke 3 dalam pertandingan Menulis Sejarah Malaysia 2009
Tahniah kepada pelajar-pelajar ini iaitu :
1. Azrul Aziz b Abdul Aziz
2. Adzlan Qushaimi b JAmaludin
3. Muhammad Hanafi b Md. Muidnudin

Karya : Keretapi Tanah Melayu : Lokomotif Merentasi Zaman

Majlis penyampaian hadiah akan diadakan dalam bulan Ogos 2010 sempena bulan Kemerdekaan. Kejayaan pasukan ini telah mengekalkan kegemilangan SDAR dalam menyumbangkan penulisan ilmiah kepada masyarakat luar sana. Walaupun SDAR tidak dapat mempertahankan kejuaraan tahun lalu... namun keputusan ini masih membanggakan SDAR kerana karya SDAR masih mendapat tempat di mata juri.
SYABAS DAN TAHNIAH SDAR...
TERBILANG TRADISI KAMI...

Friday, March 26, 2010

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2009







11 Mac 2010, Khamis : berdebar-debar cikgu sejarah menanti keputusan pelajar SDAR... bukan sahaja cikgu sejarah malah semua cikgu di SDAR mempunyai perasaan yang sama... tidur pun tak lena jika memikirkannya...

Harapan pelajar SDAR dapat bagi hadiah pada cikgu sejarah dengan memberi keputusan yang baik... hati berdetik juga yang menyatakan insyaallah keputusan SDAR akan meningkat berbanding tahun lepas...

Alhamdullillah... Keputusan SPM keluar... KEPUTUSAN MENINGKAT dan subjek SEJARAH juga TELAH MENINGKAT!!!!!!

hilang penat... hilang lelah... syukur pada tuhan

kepada sdarian 09..... ini baru permulaan buat kalian. Masih banyak yang perlu kamu belajar... Ingat asal usul kita supaya kita tidak lupa diri...

TAHNIAH kepada semua pelajar semua A.... dan yang kurang A... ini bukan penamat bagi segalanya... jadikan ia iktibar dan pembakar semangat untuk menempuh hari akan datang.

Ingat cakap cikgu... "Mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya"

All the best!!!!
Pn Hasmahan






Mesyuarat Panitia Sejarah Kali-2



26 Mac 2010, Jumaat : Satu mesyuarat panitia Sejarah kali ke-2 diadakan. Semua guru panitia hadir dalam mesyuarat ini. Agenda yang dibincangkan adalah tindakan yang akan dilakukan dalam menjayakan perancangan yang telah dibuat sepanjang tahun 2010. Segala masalah berbangkit dapat diselesaikan bersama melalui perbincangan ahli panitia. Pembahagian tugasan telah diberikan dan diharapkan apa yang dilakukan oleh guru-guru ini akan dapat meningkat prestasi pelajar SDAR ke arah yang lebih cemerlang. "TERBILANG TRADISI KAMI"






LDP Panitia Sejarah Kali Ke-2

Latihan dalam perkhidmatan(LDP) bagi Panitia Sejarah kali ke-2 telah diadakan pada 12 Mac 2010. Tajuk LDP ini ialah Penandaan Sejarah Kertas 2 SPM. Semua guru panitia Sejarah hadir dalam kursus ini yang mana ia memberi pemahaman kepada ahli panitia dalam menanda Sejarah Kertas 2. Latihan ini diberi oleh Pn Hasmahan sendiri berdasarkan pengalamannya menanda Sejarah Kertas 2 SPM. Matlamat kursus dalaman ini agar memberi maklumat kepada ahli-ahli panitia supaya dapat digunakan untuk memantapkan p-p pada masa akan datang...

Kehadiran :
(i) Pn Hasmahan binti Abd Rahman
(ii) Pn Salmiah binti Mohd Ali
(iii) Pn Fatimah binti Ab Rahim
(iv) Pn Sakinah binti Abdullah
(v) Cik Nor Hafiza binti Omar



Pn Salmiah dan Pn Fatimah sedang khusyuk mengikuti ldp ini.




Alhamdullillah... 2 orang ustazah telah ditugaskan mengajar sejarah bagi membantu panitia sejarah yang kekurangan guru. Terima kasih atas khidmat yang diberikan...



LDP tamat... alhamdulillah... At








SelamatDatang


Panitia Sejarah SDAR telah melancarkan laman blog sejarah buat ulung-ulung kalinya.
Ini merupakan salah satu inisiatif bagi panitia sejarah SDAR bagi melangkah setapak lebih maju.
Tujuan utama penubuhan laman blog ini adalah untuk berkongsi maklumat serta informasi yang penting dan berfaedah untuk pelajar-pelajar SDAR. Namun, pelajar-pelajar dari sekolah yang lain amat dialu-alukan untuk mengakses laman blog sejarah SDAR ini sebagai salah satu cara untuk kami menyumbang kepada masyarakat. Sesungguhnya, Berilmu Untuk Berjasa. Segala buah fikiran serta idea bernas dari kalangan guru mahupun hasil karya para pelajar yang tidak disangsikan lagi kecemerlangannya akan turut dihimpunkan dalam laman blog ini.